Kelas ICT – Microsoft Excel (Drag,+ & -)

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas ICT – Microsoft Excel. Objektif kelas pada petang itu adalah memantapkan lagi pengukuhan peserta dalam menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pada kelas ini, peserta diajak untuk bermain dengan drag serta operasi + & -. Latihan yang diberikan nampak mudah. Walaubagaimana pun, ada peserta yang mengalami kesulitan dalam menyelesaikan masalah mereka. Namun begitu, kami cuba mengajak peserta bermain dengan Excel ini bagi mengurangkan rasa sukar mereka menggunakan Excel. Hal ini kerana, ia baru dan sukar bagi mereka. Tetapi sebenarnya ia mudah dan senang.

Daripada pemerhatian, terdapat beberapa orang peserta boleh menguasai kelas dengan baik. Walaupun ada beberapa peserta yang masih belum dapat menguasai namun kesungguhan mereka menyiapkan tugasan amat memberansangkan. Dengan pendedahan ini, diharapkan dapat membantu mereka dalam persiapan diri dalam kerja sekolah para peserta serta kegunaan mereka pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali